Sunday 15 May 2016

Resepi Kepak Ayam Panggang Madu

Tags

kepak-ayam-madu

Resepi Kepak Ayam Panggang Madu

Bahan-Bahan:

7 ketul kepak ayam
½ cawan minyak jagung
3 ulas bawang putih
½ sudu the serbuk cili
25 gram mentega
1 sudu the serbuk oregano kering
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit madu

Cara Memasak:

1. Bersihkan kepak ayam dan masukkan ke dalam mangkuk besar.

2. Untuk perapan, masukkan minyak jagung, bawang putih, serbuk oregano, garam, gula dan serbuk cili ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi halus.

3. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk berisi kepak ayam. Perap selama 30 minit dan toskan.

4. Panaskan pemanggang ajaib dan cairkan mentega. Susun kepak ayam didalamnya.

5. Panggang sehingga kepak ayam masak dan menjadi keperangan. Sebelum diangkat, sapukan sedikit madu pada ayam.

7. Sedia untuk dihidangkan.