Wednesday 11 May 2016

Resepi Krim Puff Inti Jagung

Tags

cream-puff

Resepi Krim Puff Inti Jagung

Bahan-Bahan:

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-Bahan Inti Jagung

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara Membuat:

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Kemudian, Sejukkan.

2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.

4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.

5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara Membuat Inti:

1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap.

2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.

3. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff. Caranya, potong sedikit ditengah puff kemudian masukkan sedikit inti.