Friday 13 May 2016

Resepi Kuih Lapis Gardenia

Tags

Kuih Lapis Gardenia

Resepi Kuih Lapis Gardenia

Bahan-Bahan :

6 keping roti sandwic
buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
75 gm gula pasir
3/8 tsp garam
300 gm santan
150 gm air
90 gm tepung beras
30 gm tepung sagu
1 tsp coklat emulco
pewarna kuning & oren

Caranya Membuat :

1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi. Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.

2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.

3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.

4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati

5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.

6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.