Sunday 15 May 2016

Resepi Kuih Talam Suji

Tags

kuih-talam-suji

Resepi Kuih Talam Suji

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah –

180 gm tepung suji
250 ml (1/4 liter) santan pekat
200 gm gula
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas  –

250 ml (1/4 liter) santan
2 sudu makan tepung kastard
150 gm tepung gandum
3 sudu makan gula
240 gm gula merah

Cara Membuat:

1. Masukkan kesemua lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau atas  api perlahan hingga menjadi pekat.

2. Tuangkan ke dalam bekas acuan/loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Campurkan kesemua lapisan atas dan masak atas api kecil hingga menjadi pekat.

4. Kemudian tuangkan adunan tadi di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.

5. Ratakan dan kukus selagi lagi selama 20 minit.

6. Apabila masak, sejukkan dan potong.