Sunday 15 May 2016

Resepi Maggie Goreng Sosej

Tags

megi-goreng-sosej

Resepi Maggie Goreng Sosej

Bahan-Bahan:

6 paket mee maggie (dipatah-patahkan kecil)
5 batang sosej ayam – dipotong kecil menyerong
2 sudu besar cili kering kisar
2 labu bawang besar – didadu
5 ulas bawang putih – dicincang
1 batang lobak merah – dihiris halus
secekak sawi – dikerat-kerat
1 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap pekat manis ABC
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah daging
2 1/2 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.

3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.

4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.

5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam.

6. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.

7. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.

8. Angkat dan hidangkan.