Friday 13 May 2016

Resepi Pai Ayam

Tags

pai-ayam

Resepi Pai Ayam

Bahan-Bahan:

500 gm puff pastry
400 gm dada ayam |dipotong kiub
30 gm mentega
1 biji bawang besar kuning
2 ulas bawang putih |dicincang halus
200 ml air rebusan ayam
1 sudu teh tepung jagung
2 sudu makan krim masakan
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 biji kuning telur | sebagai bahan sapuan

Cara Membuat:

1. Panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan bawang holland.

2. Goreng hingga wangi, masukkan dada ayam dan air rebusan ayam.

3. Masak hingga ayam empuk, masukkan krim masakan dan tepung jagung yang dilarut dengan sedikit air.

4. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan inti sebelum digunakan.

5. Canai puff pastry dan terapkan dengan penerap bulat. Masukkan ke dalam acuan pai.

6. Masukkan inti di tengah , sapu kuning telur di tepi permukaan dan letakkan satu keping ‘puff pastry’ yang diterap bulat. Tekan dengan garpu ditepi permukaannya.

7. Cucuk lubang ditengah supaya apabila bakar permukaan atas tidak tertanggal. Sapu dengan sedikit kuning telur.

8. Bakar selama15- 20 minit pada suhu 200’c. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.