Friday 13 May 2016

Resepi Roti Ban Kukus

Tags

roti-kukus

Resepi Roti Ban Kukus

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung pau.
5 sudu gula kaster.
1 1/2 sudu kecil yis segera.
2 sudu kecil baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 sudu minyak jagung.

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan.

3. Uli hingga sebati dan elastik dohnya. Kemudian, perap selama 1 jam.

4. Selepas itu, uli buang angin dan bentukkan bulat-bulat.

5. Atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.

6. Panaskan air untuk kukusan. Kukus sehingga masak.

7. Sedap dimakan dengan kari ayam kampung atau pun disapu dengan kaya.