Sunday 15 May 2016

Resepi Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

Tags

roti-bawang-putih

Resepi Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

Bahan-Bahan:

4 keping roti gardenia
3 ulas bawang putih
4 sudu besar buttercup
sedikit hirisan daun parsley
sedikit serbuk lada hitam

Cara Memasak:

1. Masukkan bawang putih dalam aluminium foil dan bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

2. Setelah dibakar,ketuk dan cincang bawang putih dan masukkan ke dalam butter.

3. Cairkan butter dalam oven dan setelah cair, masukkan hirisan daun parsley,lada sulah dan kacau rata.

4. Sapukan pada roti dan bakar selama 10 minit.

5. Sedia dihidang bersama sup cendawan.