Sunday 15 May 2016

Resepi Roti Burger Homemade

Tags

roti-burger

Resepi Roti Burger Homemade

Bahan-Bahan:

250 gram tepung high protein / tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis Kering
1 biji telur (kecil) – (Tinggalkan sedikit untuk buat gliss pada roti nanti)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss (Kilatkan Roti Bagi Nampak Cantik) –

Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. (Jika ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON)

2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam.

3. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (Bulat-Bulatkan) mengikut besar yang anda suka.

4. Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah disapukan dengan mentega. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger .

6. Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

Lihat cara buat resepi daging burger homemade untuk dimakan bersama roti burger.