Sunday 15 May 2016

Resepi Roti Naan Berkeju

Tags

roti-naan-keju

Resepi Roti Naan Berkeju

Bahan-Bahan:

375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar mentega/marjerin atau minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan Toping –

50 gram cheddar cheese – parut halus
50 gram mozarella cheese
1 sudu teh gula pasir

*Satukan semua

Cara Membuat:

1. Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul/berbuih.

2. Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.

3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika (hingga doh kembang dan gebu).

5. Canai doh hingga leper dan taburkan toping. Canai doh lain, tindihkan dan canai semula.

6. Bakar dalam kuali tanpa minyak dengan api kecik. Enak dimakan bersama Kuah Kari atau Ayam Tandori.