Sunday 15 May 2016

Resepi Roti Sosej Pintal

Tags

Resepi-Roti-Sosej-Pintal

Resepi Roti Sosej Pintal

Bahan-Bahan:

1 paket yis
2 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar susu sejat
Garam secukup rasa
3/4 cawan air suam
2 ½ cawan tepung gandum

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan-bahan seperti yis, garam dan gula bersama air suam. Biarkan selama 10 minit.

2. Kemudian campur adunan tadi dengan tepung dan mentega. Uli sampai menjadi doh. Jika masih melekat, tambahkan tepung. Biarkan doh selama 45 minit.

Cara Memintal:

1. Ambil adunan doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej. Potong balutan sosej secara sekata tetapi jangan sampai putus.

2. Kemudian, pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili, mayonis dan taburan keju mozzarella. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.