Sunday 15 May 2016

Resepi Scones Kismis

Tags


Resepi Scones Kismis

Bahan-bahan:

3 cawan tepung naik sendiri
70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3/4 cawan susu segar
1 biji telur ( pukul dan bahagikan 2 bahagian agak2 je )
1/4 cawan gula
1/3 cawan kismis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

*Kismis boleh diganti dengan cranberry kering kalau nak buat cranberry scones atau boleh jugak diletak kedua-duanya sekali.

Cara Membuat:

1. Panaskan oven 180°C.

2. Sagat kasar butter atau boleh juga dipotong kiub kecil. Sejukkan sekejap dalam peti ais selama 5 minit. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter.

3. Ramas butter dan tepung dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, masukkan kismis. dan digaul supaya kismis itu bersalut dengan tepung. Masukkan sebentar ke dalam peti ais.

4. Dalam bekas lain, satukan susu, 1/2 telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung tadi dan tuang campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.

5. Uli sedikit, adunan hendaklah tidak terlalu keras atau lembut dan doh boleh dibentuk bulat.

6. Canaikan adunan dan tekap dengan acuan yang sesuai. Gelas boleh digunakan.

7. Susun atas tin pembakar. Jarakkan sedikit dan sapu telur di pemukaannya.

8. Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak. Scones akan menjadi kuning keemasan bila masak.