Wednesday 11 May 2016

Resepi Snow Cheese Cake

Tags

snow-cheese-cake

Resepi Snow Cheese Cake

Bahan-Bahan :

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya – 6 telur kuning, 4 telur putih)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (Boleh guna tepung naik sendiri)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Bahan Untuk Cream :

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang di ingini

– satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul

Bahan Untuk Topping :

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan). Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara Membuat :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk (Boleh juga dikeluarkan dari loyang).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam. Selepas itu, baru potong.