Sunday 15 May 2016

Resepi Tart Telur Portugis

Tags

tart-telur-portugis

Resepi Tart Telur Portugis

Bahan-Bahan:

Doh pastri lapis secukupnya

Bahan Inti –

110gm gula kastor
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
2 keping keju cheddar
250ml susu segar
200ml krim putar

Cara Membuat:

1. Untuk membuat inti tat, didihkan krim putar bersama gula kastor sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan campuran susu segar, esen vanila dan telur.

3. Apabila bancuhan tadi mulai pekat, masukkan pula kepingan keju cheddar. Kacau rata dan sebatikan. Tutup api dan sejukkan.

4. Untuk membuat kulitnya pula, canai doh pastri lapis setebal 3mm dan tekap menggunakan pemotong bulat bergaris pusat 2 inci.

5. Tekankan doh pastri lapis kedalam acuan dan sudukan inti tart tadi.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 200ºC selama 25 minit.

7. Sedia untuk dihidangkan.