Sunday 15 May 2016

Resepi Tart Telur

Tags

tart-telur

Resepi Tart Telur

Bahan-Bahan:

Untuk Membuat Tart Shell

200 gm mentega
80 gm gula aising
360 gm superfine flour jenama blue key
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Untuk Membuat Filling –

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Untuk membuat filling – Campurkan semua bahan filling dan gaul hingga sebati. Ketepikan.

Untuk membuat tart shell

2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur.

3. Masukkan pula tepung sampai jadi doh.

4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.

5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.

6. Keluarkan dan masukkan pula filling.

7. Bakar lagi selama 10 minit.

8. Siap untuk dihidang.