Friday 13 May 2016

Resepi Udang Goreng Nestum

Tags

udang-goreng-nestum

Resepi Udang Goreng Nestum

Bahan-Bahan:

1/2 kg udang saiz sederhana
3 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
2 biji telur putih gred A
2 kiub pati ayam KNORR – dihancurkan
100 gm nestum
garam dan gula secukupnya
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

1. Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih..gaulkan sehingga sebati.

2. Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan.Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.

4. Kemudian,masukkan cili padi,daun kari,kiub pati ayam,nestum serta bahan perasa.

5. Gaulkan sehingga menjadi sebati.

6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.

7. Siap untuk dihidang.