Sunday 15 May 2016

Tips Membuat Kek Untuk Mereka Yang Baru Belajar

Tags

baking-2

Bagi yang baru belajar, membuat kek adalah satu cabaran. Kesalahan kecil boleh menghasilkan kek yang bantat. Namun begitu jika dilakukan dengan cermat prosesnya tidaklah terlalu sulit, iaitu mulai dari menyukat bahan, menyediakan loyang, hinggalah menetapkan suhu di dalam oven.

Walaupun kelihatan remeh, 8 tips ini perlu di ikuti ketika proses menghasilkan kek.

1. Periksa Bahan Dan Peralatan

Pastikan bahan yang digunakan masih elok dan belum sampai tarikh luput, masih segar dan tempat penyimpannya sesuai. Seperti telur tidak busuk, tepung tidak hapak dan mentega tidak berkulat atau baking powder masih aktif digunakan.

Untuk mentega, margerin, dan telur yang akan di gunakan, simpan di dalam suhu ruang. Peralatan yang digunakan juga harus bersih, kering dan bebas dari lemak.

2. Ikuti Resepi

Tidak seperti masakan lauk pauk, pembuatan kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resepi. Timbang bahan dengan tepat, baca dan pelajari resepi sebelum mula membuat kek. Jika ingin menambah bahan lain yang tidak ada dalam resepi asal, sukatan resepi asal juga harus disesuaikan. Contohnya ingin menambah coklat urai pada resepi kek span, maka sukatan tepung yang digunakan juga mesti dikurangkan seberat coklat urai yang ditambah.

3. Cara Memukul Adunan

Gunakan kecepatan rendah ketika memukul telur agar bercampur dengan gula dan bahan lain. Kecepatan ‘whisk’ ditambah bertahap hingga adunan mengembang.

4. Mencampurkan Adunan

Masukkan bahan kering seperti tepung yang telah diayak ke dalam telur yang di pukul sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Kacau perlahan menggunakan spatula dari permukaan adunan sampai ke dasar mangkuk pengadun dengan gerakan memutar dan searah dan jangan lakukan terlalu laju atau lama agar adunan tidak turun atau kempis.

5. Menuang Cairan

Bila di dalam resepi terdapat bahan cair seperti mentega cair dan susu cair, maka tuang cairan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan agar tercampur sempurna. Proses ini dilakukan sambil mengaduk adunan perlahan menggunakan spatula hingga rata. Jika cairan seperti mentega tidak bercampur rata, kek akan menjadi bantat.

6. Pemindahan Ke Loyang

Setelah adunan dituang kedalam loyang, hentak-hentak loyang terlebih dahulu agar gelembung udara dalam adunan keluar. Ini dapat mencegah kek kempis, permukaan berlubang-lubang dan bantat.

7. Proses Membakar Kek

Pemanasan oven penting dilakukan kira-kira 5-10 minit sebelum kek dibakar. Suhu yang digunakan mestilah sesuai dengan resepi. Bila kek sudah dimasukkan dalam oven, suhu tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika suhu terlalu tinggi bahagian tepi kek cepat masak sedangkan bahagian dalam kek masih mentah. Bila suhu terlalu rendah pula buatkan kek menjadi bantat. Ketika proses membakar juga jangan buka pintu oven sebelum kek mengembang sempurna, kerana adunan kek akan menjadi kempis kerana terkena udara.

8. Menghias Kek

Pastikan kek sudah dingin hingga permukaan mengeras sebelum dihias. Ini dilakukan agar krim atau ganache tidak meleleh. Apabila bahagian tengah kek akan diisi krim atau jem maka belah kek terlebih dahulu. Gunakan pisau bergerigi untuk membelah kek agar hasilnya lebih cantik. Agar potongan menjadi lurus, beri tanda terlebih dahulu di sekeliling kek dengan goresan pisau lalu belah perlahan.