Wednesday 24 August 2016

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

Tags

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah.

***Solat Sunat ini adalah satu solat sunat yang dilakukan bagi mendapat petunjuk daripada-Nya mengenai sesuatu perkara yang diragui. Solat Sunat Istikharah dilakukan bagi mendapat jawapan atas persoalan yang bermain di minda seorang Muslim. Disaat mereka mempunyai dua pilihan iaitu pilihan A dan pilihan B. Oleh itu, Solat Sunat Istikharah dapat membantu seseorang Muslim itu mendapat jawapan pasti atas persoalan antara dua pilihan itu.

***Memilihan pilihan pertama dan harus melepaskan pilihan kedua. Itulah kehidupan di dunia ini, manusia sering diberi pilihan. Di dalam kita memilih pilihan yang diberi adakah pilihan kita itu tepat atau sebaliknya?

***Solat Sunat Istikharah merupakan langkah yang terbaik bagi mendapat jawapan di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim. Ini dapat membantu seseorang Muslim untuk membuat pilihan tepat.

***Dengan Solat Sunat Istikharah Insyaallah kita akan diberi petunjuk oleh-Nya untuk memilih pilihan yang paling terbaik.

Bagaimanakah cara untuk menunaikan Solat Sunat Istikharah?

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah:

Lafaz niat
Pertama sekali untuk solat adalah lafaz niat. Lafaz niat adalah
“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”.
 (Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala)

Rakaat pertama:

Seterusnya baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.

Rakaat kedua:

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas.

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa Solat Sunat Istikharah(Rumi)

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Maksudnya:
 “Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
*Waktu yang terbaik untuk Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam(sekitar 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas solat Maghrib.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

***Kesimpulannya, solat sunat istikharah adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut bagi membantu seseorang muslim dalam membuat sesuatu keputusan di dalam hidup. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan solat sunat Istikharah dengan betul. Kongsikan artikel ini jika ianya membantu anda dan rakan-rakan.***