Tuesday 16 August 2016

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Tags



**BAHAN-BAHANNYA

# 1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkainya

# 5 batang pucuk labu, ambil daunnya

# 10 helai daun kadok

# 5 helai daun kunyit

# 4 papan petai

# 2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap

# 1 keping asam gelugor

# 3 sudu besar penuh tempoyak

# 1 liter santan (dari sebiji kelapa)

# Garam secukup rasa (dan secubit gula)

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS

* 30 biji cili padi kampung atau ikut citarasa masing2

* 1 1/2 inci kunyit hidup

* 5 batang serai, hiris halus


CARA MEMBUATNYA 

Pucuk ubi, pucuk labu, daun kadok dan daun kunyit, dihiris halus seperti bunga rampai. Kemudian cuci dan toskan, perah sedikit. Petai diambil isinya, kemudian belah dua setiap satu. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk sedikit, tak perlu hancur, cuma pecah2kan saja. Ketepikan.
Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam kuali bersama2 tempoyak, ikan bilis, petai dan asam gelugor. Kacau rata dan tuang santan. Kacau dan masak hingga mendidih dan pekat sedikit. Masukkan kesemua daun2 yang dihiris tadi. Gaul hingga rJOMata.
Masak hingga pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan sehingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng..

JOM CUBA