Thursday 18 August 2016

SEPULUH SIMPTOM HIV YANG HARUS ANDA TAHU & AWASI

Tags

ANTARA 10 SIMPTOM HIV YANG HARUS ANDA AWASI

***~1 atau 2 bulan selepas HIV memasuki tubuh, 40% hingga 90% ODHA (PLHIV) akan mengalami gejala seperti flu, yang dikenali sebagai sindrom retroviral akut. Akan Tetapi, gejala HIV kadang-kadang tidak muncul selama beberapa tahun atau bahkan satu dekad selepas dijangkiti.~***

1. Demam ringan (sekitar 39 darjah Celcius) 

  • Anda sering mengalami demam ringan yang disertai dengan gejala, seperti keletihan, pembengkakan kelenjar getah bening (nodus limfa), dan sakit tekak.


2. Keletihan 

  • Respon inflamasi yang dihasilkan oleh sistem kekebalan tubuh boleh menyebabkan anda berasa lemah dan lesu. Keletihan boleh menjadi tanda awal dari HIV.


3. Sakit pada sendi, otot, dan kelenjar getah bening (nodus limfa) 

  • Kelenjar getah bening (nodus limfa) merupakan sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh dan dapat meradang apabila berlaku jangkitan. Kelenjar ini biasanya berada di pangkal paha, leher, dan ketiak.


4. Sakit tekak dan kepala 

  • Sakit tekak dan kepala menjadi gejala awal yang dirasakan oleh orang yang dijangkiti HIV. Meski begitu, tidak semua orang mengalami gejala tersebut.


5. Ruam kulit 

  • Ruam kulit boleh muncul pada awal atau akhir jangkitan HIV / AIDS. Gejala awal kelihatan seperti bisul atau ruam di beberapa bahagian badan.


6. Mual, muntah, cirit birit 

  • 30% hingga 60% orang yang dijangkiti mengalami mual, muntah, atau cirit-birit pada gejala awal HIV.


7. Penurunan berat badan 

  • Penurunan berat badan boleh menjadi tanda jangkitan telah meningkat atau akibat cirit birit. ODHA tetap akan kehilangan berat badan secara drastik walaupun banyak makan.


8. Batuk kering 

  • Batuk kering adalah tanda awal daripada gejala HIV. Ini boleh berlangsung selama setahun dan menjadi semakin parah.


9. Berpeluh di malam hari 

  • Sebahagian orang sering kali berpeluh di malam hari selama tahap awal jangkitan HIV.


10. Perubahan kuku 

  • Tanda lain dari jangkitan HIV adalah perubahan kuku, seperti perubahan warna atau penebalan. Hal ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kulat. Pesakit dengan sistem kekebalan tubuh yang menurun akan lebih terdedah kepada jangkitan kulat. 


P/S ; HIV/AIDS mudah disebarkan melalui penggunaan jarum suntikan bekas dan seks bebas. Selain itu, pemindahan darah juga berisiko menularkan virus mematikan tersebut. 

JOM SHARE ^_^