Tuesday 27 December 2016

Syatilla & Shaheizy Sam Bakal Menimang Cahaya Mata Lelaki


[:] Sekarang sudah menghampiri 5 bulan usia kandungan, pelakon Syatilla Melvin sudah mula berehat dan tidak melakukan kerja berat2 lagi.

[:] Isteri pelakon porpular ( Shaheizy Sam ) itu juga mengakui tidak berdepan masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam benda-benda yang bukan-bukan.

[:] "Syukur Alhamdulillah, ketika ini, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.. Hehehe... 

[:] "Saya tak suka menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik, rutin hariannya juga tidak banyak berubah sepanjang kehamilan. " kata Syatilla.

[:] "Cuma berat badan saya paling ketara naik sekarang ni. Sebelum ini, memang susah betul nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. Huhuhu..

[:] "Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram," kata Syatilla yang dijangka akan bersalin pada mei depan. 

[:] Mengenai jantina, Syatilla suami tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan. Namun melihat pada keadaan sekarang, beliau bakal melahirkan anak lelaki. kata Syatilla.

Sumber BH ONLINE