Saturday 30 April 2016

Resepi Kuih Tepung Bungkus

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)1 biji kelapa | diambil santannya
(**)300gm tepung beras
(**)2 sudu makan tepung pulut
(**)Daun pisang secukupnya


BAHAN INTINYA IALAH:

(**)1/2 biji kelapa parut
(**)240gm gula pasir
(**)300gm gula merah
(**)2 sudu makan tepung pulut


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Untuk bahan inti, masak kelapa parut bersama gula merah dan gula sehingga kering. Sejukkan.

(**)2. Kemudian gentel adunan menjadi bebola kecil.

(**)3. Seterusnya bancuh tepung pulut dengan dan bancuh dengan sedikit air. Balutkan pada inti yang dibentuk bulat tadi. Asingkan.

(**)4. Untuk membuat tepung bungkus pula, bancuh tepung beras bersama santan dan didihkan sehingga menjadi pekat. Angkat dan sejukkan.

(**)5. Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah dibersihkan.

(**)6. Setelah itu letakkan pula inti tadi di tengahnya. Bungkus kemas seperti membuat kuih naga sari.

(**)7. Akhir sekali, kukus sehingga masak.

Resepi Kuih Barongko

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)10 biji pisang raja | dikupas dan dibuang bahagian hitam di tengahnya
(**)2 biji telur | dipukul sedikit
(**)150ml santan
(**)50gm gula pasir
(**)1/2 sudu teh esen vanila
(**)1/4 sudu teh garam
(**)2 helai daun pandan
(**)Daun pisang dan lidi secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Daun pisang dilayur sedikit dan digunting anggaran 30x15cm (atau mengikut ukuran yang sesuai).

(**)2. Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula pasir, telur, garam, esen vanila dan juga santan. Kacau hingga sebati.

(**)3. Ambil daun pisang dan letakkandaun pandan. Sudukan adunan pisang tadi dengan secukupnya. Bungkus dan sematkan dengan lidi dengan kemas. Ulang langkah sehingga adunan habis.

(**)4. Kukus kuih barongko selama 30 minit atau sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kerang Sambal Cili Padi

Tags

Bahan-bahannya ialah

(**)Kerang (1 kilo) – bersihkan

(**)Bawang merah (5 ulas) – ditumbuk

(**)Bawang putih (3 ulas) – ditumbuk

(**)Cili padi (10 biji) – ditumbuk

(**)Cili padi (3 biji) – dihiris

(**)Cili merah (3 biji) – ditumbuk

(**)Serai (2 batang) – diketuk

(**)Halia (1 inci) – dihiris

(**)Sos cili (1 sudu besar)

(**)Sos tomato (1 sudu besar)

(**)Gula & garam

(**)Sedikit air.



Cara-caranya ialah

(**)Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuk cili merah dan cili padi.

(**)Panaskan minyak. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. gorang sehingga naik bau.

(**)Kemudian masukkan cili yang telah ditumbuk dan gaul rata. Masak seketika. Masukkan serai yang telah diketuk dan hirisan halia.

(**)Selepas itu, masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan sedikit air. Jika mahu kuah yang banyak, masukkan lebih.

(**)Selepas menggelegak, masukkan kerang. Gaul rata. Taburkan hirisan cili padi.

(**)Kemudian tutup kuali dan biarkan selama 5 minit.

(**)Siap untuk dihidangkan.

(**)(Resipi boleh ditukar dengan lala)

Resepi Ikan Sambal

Tags

Bahan-bahannya ialah:

(**)Ikan mata besar – 2 ekor (digoreng dahulu)

(**)Bawang besar – 2 ulas (dihiris)

(**)Bawang putih – 2 ulas (cincang halus)

(**)Cili padi – 5 biji (dihiris)

(**)Cili boh – 4 sudu besar

(**)Sos cili – 2 sudu besar

(**)Sos tomato – 2 sudu besar

(**)Asam keping – 1 keping

(**)Gula & garam

(**)Minyak untuk menumis



Cara-caranya ialah:

(**)Goreng ikan terlebih dahulu. Jangan terlalu garing, nanti keras. Asingkan.

(**)Panaskan minyak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masak sehingga layu dan naik bau.

(**)Kemudian masukkan cili boh. Gaul rata. Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Masak sehingga garing dan pecah minyak.

(**)Selepas itu baru masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.

(**)Masukkan ikan dan gaul rata.

Resepi Ekor Goreng Sedap

Tags

Bahan-bahannya ialah:

(**)Ekor (1 kilo) – direbus hingga empuk

(**)Bawang besar (2 biji) – dihiris

(**)Bawang putih (3 ulas) – cincang halus

(**)Cili padi (4 biji) – dipotong

(**)Kacang panjang ( 2 tangkai) – dipotong

(**)Lobak merah (setengah biji) – dihiris

(**)Kicap manis (3 sudu besar)

(**)Sos tiram (3 sudu besar)

(**)Garam & gula

(**)Tepung jagung (2 sudu besar)

(**)Minyak untuk menumis



Cara-caranya ialah:

(**)Rebus ekor sehingga empuk. Air rebusan jangan dibuang.

(**)Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.

(**)Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.

(**)Selepas itu masukkan ekor yang telah empuk dan kacau sebati.

(**)Masukkan pula cili padi, lobak merah dan kacang panjang. Biarkan masak sekata.

(**)Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan seketika. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.

(**)Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.

Resepi Ayam Masak Palembang

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)1 ekor ayam | dipotong 12 dan dibersihkan
(**)1 sudu besar sos tiram
(**)1 cawan santan
(**)1 tangkai daun kari
(**)1/2 cawan jus asam jawa
(**)2 batang serai | dititik
(**)Garam dan gula secukupnya
(**)Sedikit air (jika perlu)
(**)Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

(**)7 ulas bawang merah
(**)5 ulas bawang putih
(**)15-20 tangkai cili kering | direndam
(**)2cm halia

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
(**)2. Tumiskan semua bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian bolehlah dimasukkan kicap manis dan sos tiram.
(**)3. Apabila sudah mereneh sedikit (pada ketika ini, boleh dimasukkan sedikit air jika terlalu kering), bolehlah dimasukkan ayam.
(**)4. Masukkan sedikit jus asam jawa dan santan.
(**)5. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula.
(**)6. Biarkan kuah memekat dan boleh dihidang.

Resepi Pajeri Nenas

Tags

Bahan-Bahannya ialah:

(**)1 biji nenas
(**)1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
(**)1 tangkai kayu manis
(**)1 biji bunga lawang
(**)2 sudu minyak masak
(**)½ sudu besar gula putih
(**)½ sudu besar gula merah
(**)1 inci halia (dihiris)
(**)2 ulas bawang merah (ditumbuk)
(**)2 ulas bawang putih (ditumbuk)
(**)½ peket rempah kari (daging/ayam)
(**)sedikit garam
(**)sedikit kerisik

Cara Memasaknya ialah:

(**)1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari.

(**)2. Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi.

(**)3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas.

(**)4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Keli Cili Padi

Tags

Bahan-bahannya ialah:

(**)Ikan Keli – (diperasakan dengan kunyit dan garam)

Bahan-bahan Tumis (Untuk 2 ekor ikan sahaja. Kalau nak lebih, boleh gandakan bahan)

BAHAN A
(**)Bawang besar – 1 biji
(**)Bawang putih – 2 ulas

BAHAN B
(**)Cili padi – 15 tangkai
(**)Cili merah – 2 biji
(**)Belacan – 1 inci (dibakar dahulu)
(**)Gula – 1 sudu kecil
(**)Garam – 1 sudu kecil
(**)Pes Asam jawa – 1 sudu kecil

Cara-caranya ialah:

(**)Goreng ikan keli sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

(**)Sementara itu tumbuk dahulu bawang besar dan bawang putih. Asingkan.

(**)Kemudian tumbuk bahan-bahan B pula. kami lebih suka tumbuk guna lesung, lagi mesra dan berperasa.

(**)Panaskan kuali. Guna minyak yang sama untuk menggoreng ikan keli tadi.

(**)Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.

(**)Selepas itu, masukkan bahan-bahan B. Masak sehingga garing dan angkat.

(**)Tuang di atas ikan keli yang telah digoreng tadi.

Resepi Yee Mee Sizzling

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)2-3 sanggul yee mee
(**)300gm isi ayam
(**)2-3 biji telur
(**)1 ikat sawi
(**)4-5 biji cendawan shitake
(**)6 ulas bawang putih
(**)1/2cm halia | dihiris
(**)1 kiub pati ayam
(**)3 sudu besar kicap cair
(**)4 sudu besar sos tiram
(**)3 sudu besar kicap pekat
(**)1 sudu besar serbuk lada hitam (jika mahu)
(**)2 sudu besar tepung jagung
(**)2 batang cili kering | dipotong tiga dan rendam sehingga lembut
(**)Air secukupnya
(**)Sedikit minyak

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Tumiskan bawang putih, halia dan cili kering sehingga layu.
(**)2. Kemudian bolehlah dimasukkan isi ayam dan masak seketika. Masukkan air.
(**)3. Masukkan semua bahan perasa (sos tiram, kicap pekat, kicap cair, serbuk lada hitam dan pati ayam).
(**)4. Biarkan mendidih sehingga ayam masak sepenuhnya. Ketika ini, masukkan cendawan.
(**)5. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah mulai memekat.
(**)6. Barulah dimasukkan sawi dan bolehlah dihidangkan bersama yee mee.

Resepi Puding Tembikai

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)10gm agar-agar tanpa warna
(**)2 keping roti putih
(**)800ml air
(**)125gm gula
(**)125ml susu pekat
(**)250ml susu cair
(**)2 sudu makan mentega
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)2 sudu teh biji selasih | direndam hingga kembang dan toskan airnya cincau
(**)Sedikit pewarna hijau dan merah

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Masak agar-agar bersama gula dan air sehingga larut. Pada masa yang sama rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
(**)2. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis ke dalam pengisar. Kisar halus.
(**)3. Kemudian masukkan bahan kisaran tadi ke dalam periuk berisi agar-agar. Tambahkan mentega dan juga esen vanilla.  Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Padamkan api.
(**)4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Dua bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan satu lagi dengan warna hijau.
(**)5. Masukkan biji selasih ke dalam acuan agar-agar dan tuangkan bancuhan agar-agar merah. Simpan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar mengeras.
(**)6. Kemudian tuang adunan berwarna hijau dan bekukan sekali lagi. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.

Friday 29 April 2016

Resepi Salmon Escalope

Tags

Bahan-bahannya ialah :              

(**)200gm ikan Salmon (tanpa tulang)
(**)80 gm hirisan lobak
(**)150 gm kentang
(**)50 gm jintan hitam
(**)30 gm kacang pis
(**)50 ml susu krim UHT
(**)30 ml minyak zaitun
(**)2 gm garam
(**)5 gm tepung
(**)100 ml stok ikan
(**)2 gm daun dill segar
(**)2 gm mentega tanpa garam
(**)1 hiris lemon


Cara membuatnya ialah :

(**)Gaulkan ikan dengan garam dan lada hitam, kemudian gaulkan juga bersama tepung.

(**)Panaskan kuali dengan minyak zaitun, goreng ikan sehingga keperangan kemudian bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu  180˚c, selama 7 minit.

(**)Panaskan stok ikan dalam periuk sehingga mendidih. Biarkan ia mendidih sehingga stok itu tinggal separuh. Kemudian tambahkan susu krim UHT dan masak selama 2 minit. Selepas itu, tambahkan sedikit garam dan daun dill segar.

(**)Masak lobak di dalam air gula dan tumis kentang dan kacang pis dengan minyak zaitun.

(**)Tumis jintan hitam dengan mentega dan sedikit garam. Tuangkan sos tersebut ke atas ikan.

(**)Hiaskan dengan daun dill segar serta hirisan lemon dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Char Ho Fun Baekkk

Tags

Bahan-bahannya ialah;

(**)100gm Kuew tiaw
(**)4 ekor udang
(**)1 ulas bawang putih
(**)20gm lobak merah yang dihiris
(**)Setengah batang fish cake
(**)10gm sayur sawi
(**)Sebiji telur
(**)1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
(**)½ sudu kecil kicap pekat
(**)1 sudu kecil sos tiram
(**)3 titik minyak bijan
(**)2 cawan air
(**)Sedikit lada putih
(**)Sedikit garam


Cara-cara membuatnya ialah;

(**)1. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak masak dan gorengkan kuew tiaw. Masukkan kicap pekat dan goreng sehingga naik bau dan sedikit garing.

(**)2. Angkat kuew tiaw dan letakkan di atas pinggan.

(**)3. Gunakan kuali yang sama, tumis bawang putih yang dihiris nipis. Masukkan sos tiram dan tuangkan 2 cawan air.

(**)4. Masukkan udang, lobak merah dan fish cake. Perasakan dengan garam.

(**)5. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.

(**)6. Tutupkan api dan masukkan sawi serta minyak bijan. Kemudian, pecahkan sebiji telur dan pasangkan api paling kuat selama 3 saat. Sementara itu, kacau telur tadi untuk mendapatkan bentuk jaringan telur.

(**)7. Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas kuew tiaw yang digoreng tadi. Taburkan sedikit serbuk lada putih dan siap untuk dihidangkan dengan cili potong.

Resepi Puding Hello Kitty Khas Untuk Si Comel

Tags

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

(**)300 ml susu
(**)200 ml santan
(**)3 sudu besar gula (boleh juga gunakan gula perang)
(**)1 sudu besar gelatin
(**)Secubit garam
(**)2 helai daun pandan jika ada (untuk memberi aroma)


Cara untuk menyediakannya ialah:

(**)1. Ambil gelatin dan masukkan sedikit air. Biarkan seketika sehingga mengembang. Ketepikan.

(**)2. Kemudian masukkan susu ke dalam periuk di atas api yang perlahan.  Kacau perlahan-lahan.

(**)3. Selepas itu, masukkan pula santan dan kacau sehingga sebati. Anda boleh masukkan daun pandan pada waktu ini jika mahu.

(**)4. Masukkan gula putih atau  gula perang ke dalam adunan dan kacau.

(**)5. Akhir sekali masukkan gelatin dan kacau sebati. Anda boleh ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna bagi membentuk hidung dan mata pada hasil akhir nanti.

(**)6. Ambil bekas acuan Hello Kitty dan masukkan adunan untuk mata dan hidung terlebih dahulu dan biarkan dia sejuk. Kemudian boleh teruskan dengan memasukkan selebihnya adunan kepada acuan. Sejukkan di dalam peti ais dan siap untuk dimakan.

Resepi Popia Sira Pedas Menyengat

Tags

Bahan-Bahannya ialah:

(**)Kulit popia (1 sudu besar tepung gandum – bancuh 3 sudu besar air)

Bahan Inti –

(**)200gm udang – hiris kecil
(**)1 biji bawang besar – hiris halus
(**)3 ulas bawang putih – tumbuk hancur
(**)Sebatang carrot – sagat halus
(**)Sedikit kubis – sagat halus
(**)Sedikit taugeh – nak ganti sengkuang pun boleh
(**)1 sudu besar sos tiram
(**)Garam secukup rasa
(**)1 sudu besar minyak – untuk menumis

Bahan Sos –

(**)2 sudu besar cili mesin
(**)1 ulas bawang putih – tumbuk hancur
(**)2 sudu besar cili sos
(**)2 sudu besar cuka
(**)1 sudu besar gula
(**)3 sudu besar minyak
(**)Garam secukup rasa
(**)Bijan jika suka

Cara Membuatnya ialah:

Popia –

(**)1. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih dengan udang sampai naik bau. Kemudian masukkan carrot, taugeh, kobis dan sos tiram.

(**)2. Bila sayur dah lembut sedikit, tutup api dan tapiskan supaya minyak + kuahnya turun. Biarkan sejuk seketika.

(**)3. Bentangkan kulit popia, letakkan inti di tengah, gulung hingga ke hujung dan lipatkan seperti membuat kuih ketayap.

(**)4. Bubuh gam di bahagian hujung dan lekatkan. Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.

Sos Sira –

(**)1. Tumis semua bahan-bahan cili hingga pekat.

(**)2. Bila dah agak kering, masukkan popia yang dah digoreng tadi. Gaul rata.

(**)3. Angkat dan boleh la dihiaskan dengan bijan atau kacang jika suka. Hidangkan.

Resepi Telur Carak Yang MALATOPSSS

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)200ml stok ayam
(**)1 biji telur
(**)½ sudu teh tepung jagung
(**)Sedikit daun bawang | dicincang halus


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1.    Panaskan stok ayam sehingga mendidih.

(**)2.    Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air.

(**)3.    Kacau sehingga kuah sup memekat.

(**)4.    Pukul telur dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam sup. Sambil itu, kacau kuah sup dengan garfu supaya telur tidak bergumpal.

(**)5.    Hiasi dengan daun bawang.

Resepi Cherry Clafoutis

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

Bahan Doh pastri :

(**)150gm mentega
(**)80gm gula aising
(**)1 biji telur
(**)350gm tepung
(**)1 sudu teh esen vanila

(Cherry Custard):

(**)1 tin ceri bertangkai yang manis
(**)8 biji telur
(**)475gm krim putar
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)100gm gula

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Gaulkan tepung dengan mentega di dalam mangkuk sehingga menjadi seperti serbuk roti.
(**)2. Kemudian masukkan gula aising dan telur, adun hingga sebati. Masukkan dalam acuan pai.
(**)3. Bakar pada suhu 180⁰selsius selama 13 minit. Ketepikan dan biarkan sejuk.
(**)4. Sementara itu, sediakan cherry custard.
(**)5. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk kecuali buah ceri. Kacau sehingga sebati.
(**)6. Masukkan buah ceri di dalam kulit pai yang separuh masak, diikuti dengan adunan isian kastard.
(**)7. Bakar semula pada suhu 180⁰selsius selama 20-25 minit.
(**)8. Keluarkan dari acuam dan masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam sebelum dihidangkan.

Resepi Ayam Boxing 'Mike Tyson'

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)4 ketul paha ayam
(**)100gm tepung gandum
(**)100gm serbuk roti
(**)2 biji telur
(**)Garam secukup rasa
(**)Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Gaul paha ayam bersama garam dan tepung gandum.
(**)2. Kemudian celup ke dalam mangkuk berisi telur yang telah dipukul.
(**)3. Seterusnya masukkan paha ayam ke dalam mangkuk berisi serbuk roti. Salut hingga sekata.
(**)4. Goreng dalam minyak panas sehingga masak dan bertukar warna keemasan.

Resepi Kek Buah Pic Freshhh

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)2 tin pic | ditos
(**)250gm mentega
(**)5 biji telur gred A | asingkan kuning dan putih
(**)135gm gula halus
(**)135gm tepung gandum*
(**)2 sudu teh baking soda*
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)1/4 cawan jus pic (diambil dari tos tadi)

(Bahan karamel):

(**)2 sudu makan mentega | dicairkan
(**)1/4 cawan gula perang

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Terlebih dahulu, ayakkan bahan bertanda *. Kemudian lenserkan mentega pada loyang pembakar.

(**)2. Kemudian tuangkan mentega cair dan tabur rata gula perang di atasnya.

(**)3. Susunkan buah pic mengikut kreativiti anda. Ketepikan.

(**)4. Pukul mentega dengan separuh bahagian gula halus dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur kuning satu per satu dan pukul lagi sehingga gebu.

(**)5. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan jus pic dan ketepikan.

(**)6. Kemudian pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan baki gula halus tadi. Teruskan pukul sehingga adunan kental. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan kaup balik sehingga rata.

(**)7. Tuangkan adunan ke dalam tulang pembakar dan biarkan masak dengan suhu 175°selsius lebih kurang 50-60 minit.

Mac & Cheese Bites Nyumm Nyumm

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:


(**)200gm makaroni rebus | dipotong kecil

(**)1/2 biji bawang Holland | dicincang

(**)2 ulas bawang putih | dicincang

(**)250ml susu segar

(**)6 keping keju cheddar

(**)1 sudu teh serbuk keju parmesan

(**)1/2 biji tomato | dipotong kiub

(**)Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

(**)2 sudu makan minyak masak


Bahan salutan :


(**)250gm tepung gandum

(**)2 biji telur

(**)100gm serbuk roti


CARA MEMASAKNYA IALAH:


(**)1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato.

(**)2. Apabila sebati, masukkan susu segar dan keju. Kemudian masukkan makaroni dan kacau sehingga pekat.

(**)3. Setelah pekat dan sebati, perasakan dengan garam serta lada sulah secukupnya. Padamkan api dan rehatkan makaroni seketika. Simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

(**)4. Setelah sejuk, keluarkan dan bentukkan makaroni tadi . Celupkan ke dalam tepung, telur dan serbuk roti.

(**)5. Goreng bebola makaroni dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Resepi Coney Dog Terbaik

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)4 biji roti sosej | belah tengah
(**)100gm daging cincang
(**)4 batang sosej ayam
(**)1 biji bawang Holland | dicincang halus
(**)2 ulas bawang merah | dicincang halus
(**)1ulas bawang putih | dicincang halus
(**)4 sudu makan sos bolognese
(**)1 sudu teh serbuk kari daging
(**)1 helai daun bay
(**)Sedikit oregano
(**)Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
(**)2. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
(**)3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
(**)4. Diikuti sos bolognese, daun bay dan oregano. Kacau rata.
(**)5. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
(**)6. Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
(**)7. Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
(**)8. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday 28 April 2016

Resepi Ayam Masak Sambal Terbaik

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1/2 ekor ayam | dibersihkan dan diperap bersama garam dan kunyit
(*)15 biji cili kering | dikisar
(*)1 cawan air asam jawa
(*)2 batang serai | dititik
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak untuk menumis

BAHAN KISARNYA IALAH:

(*)1 inci halia
(*)6-7 biji cili padi
(*)1 biji bawang besar
(*)3 ulas bawang putih

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan toskan minyak.

(*)2. Dalam kuali berasingan, tumis bahan kisar hingga wangi.

(*)3. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar bersama dengan serai. Tumis hingga cili menjadi pecah minyak.

(*)4. Tambahkan air asam jawa sedikit demi sedikit. Biarkan mendidih.

(*)5. Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.

(*)6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Beef Sharhat Terbaik Uollss

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)350gm daging batang pinang
(*)4 ulas bawang putih | dicincang
(*)Daun pudina
(*)1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
(*)1 sudu kecil paprika manis
(*)1 sudu kecil serbuk ketumbar
(*)1 sudu kecil jintan manis.
(*)Garam secukup rasa
(*)Sedikit minyak zaitun
(*)Sedikit mentega
(*)1 biji bawang holand | dihiris bulat
(*)½ biji cili banggala merah | dihiris
(*)½ cili benggala hijau | dihiris
(*)Garam secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Gaulkan daging dengan semua bahan rempah dan bawang putih, Perapkan  sekurang-kurangnya tiga jam dan simpan dalam peti sejuk.

(*)2.    Panaskan kuali, masukkan mentega dan minyak zaitun  dan panggang daging hingga masak. Kemudian ketepikan.

(*)3.    Sementara itu tumiskan bawang holand bersama cili banggala dan campuran sayur.

(*)4.    Akhir sekali tuangkan tumisan tadi di atas hirisan daging.

(*)5.    Sedia dihidangkan dengan roti, salsa tomato dan sos bawang putih.

Resepi Daging Goreng Berlada Pedas Menyengattt

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)500gm daging | rebus dan hiris nipis
(*)1 biji bawang besar | dihiris
(*)2 tangkai daun bawang | hiris sederhana halus
(*)250ml air
(*)4-5 tangkai cili kering | rendam dan dikisar halus
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak masak secukupnya
(*)Hirisan cili merah secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Masukkan minyak dan goreng daging selama tiga minit dengan api besar.
(*)2. Masukkan sedikit air rebusan daging dan bawang besar.
(*)3. Goreng hingga daging empuk dan sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
(*)4. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
(*)5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Coconut Harlem Shake Slurpp Slurpp

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1 biji kelapa muda |diambil jus bersama isi
(*)1 gelas kiub ais
(*)2-3 skup aiskrim vanila
(*)2 sudu besar susu pekat

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Masukkan jus kelapa muda dan isinya serta aiskrim vanila ke dalam mesin pengisar.
(*)2. Campur bersama ais dan susu pekat manis.
(*)3. Kemudian kisar halus semua bahan.
(*)4. Hiaskan coconut shake anda dengan isi kelapa, cip coklat, krim putar atau kekacang.

Resepi Ketam Goreng Rangup Awesome

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)5-6 ekor ketam kulit lembut | dibersihkan (boleh dibelah 2 jika mahu)
(*)5 sudu besar tepung jagung
(*)2 sudu besar tepung gandum
(*)2 sudu besar serbuk kari
(*)1 sudu besar serbuk cili (sebagai pilihan)
(*)1 sudu kecil serbuk kunyit
(*)2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
(*)1 sudu kecil jintan manis | ditumbuk halus
(*)1 biji telur | dipukul
(*)Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Campurkan bawang putih dan jintan manis yang ditumbuk halus ke dalam telur dan dipukul bersama.

(*)2. Kemudian campurkan semua bahan kering dan pastikan semuanya sebati.

(*)3. Celupkan ketam ke dalam telur dan salut tepung ke seluruh ketam.

(*)4. Goreng dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.

(*)5. Boleh dinikmati dengan nasi atau dicicah dengan sos.

Resepi Kek Cawan Hanya Guna 3 Bahan

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)10 sudu besar tepung naik sendiri atau tepung gandum
(*)1 cawan nutella
(*)2 biji telur

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°selsius terlebih dahulu.
(*)2. Sebatikan kesemua bahan dan cedokkan ke dalam bekas kek cawan.
(*)3. Bakar di dalam ketuhar selama lebih kurang 20-30 minit. Cucukkan lidi di tengah kek untuk melihat sama ada kek cawan masak sepenuhnya atau tidak.

Resepi Salsa Tomato Ala Mexico

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)4 biji tomato muda | dikisar kasar
(*)1 biji bawang besar | dikisar kasar
(*)1 biji lada benggala hijau | dikisar kasar
(*)3 biji cili merah | dicincang halus
(*)2 pokok daun ketumbar | dicincang halus
(*)1 biji lemon | diambil jusnya
(*)1 sudu kecil lada hitam | dikisar kasar
(*)Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
(*)2. Perah jus lemon dan gaul rata semua bahan.
(*)3. Masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimakan.

Resepi Apple Crumble Yang Menyelerakan

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

Bahan topping:

(*)65g tepung serba guna
(*)50g gula pasir
(*)84g mentega tanpa garam (potong dadu)
(*)30g oat
(*)40g kacang badam
(*)1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
(*)1/4 sudu teh buah pala (jika suka)
(*)sedikit garam untuk perasa

Bahan Inti:

(*)2 biji epal (kupas kulit dan potong dadu sebesar 2.5cm)
(*)1 sudu teh parutan kulit lemon
(*)1/2 biji lemon (perah ambil jusnya)
(*)3 sudu teh (40g) gula pasir
(*)60g kismis

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)Terlebih dahulu panaskan ketuhar 190°selsius

UNTUK TOPPING:

(*)1. Masukkan semua bahan untuk topping ke dalam pengisar dan kisar kasar sehingga sebati.

UNTUK INTI:

(*)1. Masukkan buah epal yang telah dipotong dan kismis ke dalam sebuah bekas. Perah jus lemon, parutan kulit lemon dan masukkan juga gula pasir. Kacau sebati dan kemudian pindah ke dalam pinggan pembakar yang telah disapu mentega.
(*)2. Tabur semua bahan untuk topping secara rata di atas campuran buah-buahan tadi. Bakar dalam anggaran masa 30-40 minit sehingga bertukar keperangan.
(*)3. Keluarkan daripada ketuhar. Sejukkan selama 30 minit sebelum dihidangkan.

Resepi Ketam Pedas Bercili

Tags

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)4 ekor ketam | digoreng
(*)1 sudu makan rempah kari ikan
(*)10 biji cili padi | dikisar
(*)2 biji bawang merah | dikisar
(*)1 batang serai | dikisar
(*)3cm halia | dikisar
(*)3 sudu makan cili merah yang telah dikisar
(*)4 sudu makan sos tiram
(*)2 sudu makan sos cili
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Sedikit air
(*)Minyak masak

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panas minyak dan tumis bawang merah, serai, halia dan cili padi hingga garing.

(*)2. Kemudian masukkan cili merah yang telah dikisar bersama dengan serbuk kari, sos tiram dan sos cili. Masak sehingga naik bau dan kemudian masukkan sedikit air bersama ketam.

(*)3. Perasakan dengan garam dan gula dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Kuih Lapis Pey Pey Sedap

Tags

Bahan-Bahannya ialah:

(*)2000 ml santan pekat (dari 2 biji kelapa parut putih)
(*)1425 ml santan cair (dari perahan kedua)
(*)980 gm tepung kanji
(*)225 gm tepung beras
(*)905 gm gula pasir
(*)2 helai daun pandan
(*)115 gm gula melaka
(*)2 sudu makan air mawar
(*)sedikit pewarna hijau dan kuning
(*)Loyang 12″ (disapu minyak sekeliling)

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Gula, santan pekat dan daun pandan di masak sampai mendidih dengan api sederhana.

(*)2. Dalam bekas yang lain, gaul tepung beras, tepung kanji dan santan cair. Tuangkan santan pekat yang panas (perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit) ke dalam adunan tepung tadi sambil terus kacau hingga rata. Adunan dibahagi tiga.

(*)3. Adunan pertama diwarnakan hijau. Adunan kedua diwarnakan kuning dan dibubuh air mawar. Adunan ketiga dibubuh gula melaka, kacau sampai gula larut, kemudian tapis.

(*)4. Panaskan kukusan. Panaskan pula loyang. Kukus adunan selapis-selapis sehingga habis. Setiap lapis menggunakan 3 senduk adunan. Kukus hingga masak.

(*)Nota: Setiap kali sebelum dikukus, adunan hendaklah di kacau terlebih dahulu.

Tuesday 19 April 2016

Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda

Tags

Setiap orang pasti mempunyai sifat malas dalam diri mereka, Sifat malas datang apabila anda perlu menyiapkan sesuatu kerja, satu perkara akan tetapi tidak juga melakukakannya. Sifat malas ini adalah satu sifat yang tidak elok untuk diamalkan dan boleh mempengaruhi amalan hidup anda jika dibiarkan secara berterusan.

Mari baca artikel di bawah  ini yang diman akan membincangkan beberapa 4 Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda untuk menghilangkan rasa malas yang ada dalam diri anda, lantas kan membuatkan anda untuk menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua pekerjaan yang bakal dilakukan.

Cara 1: Tetapkan Matlamat Diri Dalam Diri Anda 

Orang yang bersifat malas biasa orang yang tidak langsung mempunyai matlamat dalam diri yang betul. Oleh yang demikian , untuk menghilangkan sifat malas tersebut, anda perlu ada tujuan dan ada matlamat untuk dicapai.

Kenali Masalah Utama Anda

Dengan caranya, setiap kali anda berasa malas, ianya mesti disebabkan oleh sesuatu, Sifat malas ini adalah satu simptom dan bukannya masalah itu sendiri.

Cubalah tanya pada diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi dalamdiri anda, adakah anda sudah terlalu letih, penat, mempunyai perasaan tidak berpuas hati, anda takut, sakit dan sebagainya. Jadi kenal pastilah kenapa anda mempunyai perasaan  seperti itu dan kemudian anda harus berdepan dengannya dan jangan sesekali melarikan diri anda.

Selesaikan Masalah Utama Dahulu

Setelah anda mengenalpasti apa punca utama anda bersikap malas, selesaikanlah masalah tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah anda boleh terus fokus kepada apa yang anda ingin lakukan. Ianya mungkin sukar, tetapi jika ianya tidak diselesaikan, sampai bila anda hendak  berterusan macam ini. Jadi sila pertimbangkan beberapa contoh ini:

i. Jika anda berasa penat, cuba rehatkan diri anda. Setiap orang sememangnya perlukan masa untuk mereka sendiri.

ii. Jika anda tidak etrlalu pandai, dapatkanlah  bantuan daripada sesiapa yang lagi pandai.

iii. Jika anda tidak lagi bersemangat dan sudah putus asa, cubalah dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja yang lain , ubah persekitaran anda dan sebagainya.

Teratur

Keadaan yang tidak sangat teratur boleh mengurangkan semangat dan motivasi diri anda, tidak kiralah sesiapa pun. Tambahan pula jika sesuatu itu boleh diatur atau disusun, lakukanllah utuk diri anda.

Ini adalah kerana suasana yang terlalu bersepah dan tidak terlalu teratur boleh mengganggu gerak kerja anda dan tumpuan anda. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya adalah anda mengalihkan semua perkara yang dimana ianya boleh mengganggu tumpuan anda, dan untuk kekal fokus dengan kerja.

Jika anda bekerja dengan menggunakan komputer, cubalah alihkan semua benda yang berda di atas meja dan biarkannya kosong. Anda akan berasa lebih senang untuk berikan tumpuan anda kepada kerja dalam suasana macam ini.

Berfikirlah Secara Positif

Kadang kala setiap perbuatan kita itu boleh membawa kepada fikiran kita dan boleh juga jadi sebaliknya. Cubalah elakkan daripada untuk berfikiran negatif. Dengan berfikiran seperti itu ianya tidak akan membawa anda pergi kemana-mana.

Setiap kali anda jika kita merasakan kegagalan, janganlah cepat untuk berputus asa dan berfikiran negatif, sebaliknya fikirkanlah bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Fikirkan Apa Yang Anda Dapat

Setelah anda berfikiran positif, kemudian adalah anda memikirkan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada anda. Semua orang pasti mahukan kejayaan, duit dan sebagainya.

Cuba fikirkannya, jika anda dapat menyelesaikan tugasan tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan, apa yang anda mungkin dapat? Contohnya adalah orang yang berniaga, mereka sanggup bangun awal setiap pagi dan tidur lewat setiap malam kerana mereka berfikir bahawa dengan cara berbuat demikian, mereka boleh mendapatkan keuntungan yang lebih.

Contoh yang lain, pelajar yang rajin akan sentiasa belajar dengan tekun dan melakukan kerja-kerja rumah mereka. Hal ini adalah kerana mereka tahu dengan belajar, mereka boleh mendapatkan gred yang baik.

Itulah antara cara untuk menghilangkan rasa malas dalam diri anda.

Inilah pepatah ikot rasa hati mati.. kalau bukan kita yang mengubah diri kita siapa lagi.. bangunlah dan buang sikap malas anda!!

Petua Tradisional Rawat Keracunan Makanan

Tags

Keracunan makanan boleh berlaku bila kita terambil makanan atau minuman yang tercemar. Selain diserang sakit perut, antara tanda-tanda lain seseorang terkena keracunan makanan adalah loya, pening, muntah, cirit birit, demam dan keletihan.

Memang tak selesa rasanya, lebih-lebih lagi jika diserang sakit perut ketika sedang tidur malam. Namun ada beberapa petua yang menggunakan bahan tradisional yang boleh digunakan untuk merawat masalah keracunan makanan ini. Antaranya,

Lidah buaya

Selain daripada kaya dengan vitamin E, jus lidah buaya dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam badan. Racun akibat makanan ini akan dibawa keluar dari badan, kemudian bahagian yang terjangkit disembuhkan oleh jus lidah buaya.

Delima

Delima merah juga boleh membantu mengatasi masalah cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Daun Pudina

Daun pudina yang segar dan sedikit pedas rasanya ini memang sedap dimakan bersama beberapa jenis hidangan. Juga sedap bila dihidangkan bersama teh panas.  Selain itu pudina boleh dijadikan ubat yang bertindak melawan jangkitan perut yang disebabkan oleh keracunan makanan.

Lemon

Lemon selain sedap ditambahkan dalam teh o ais, sebenarnya mujarab juga untuk merawat masalah keracunan makanan. Lemon kaya dengan khasiat termasuk membunuh bakteria jahat dalam perut yang mengakibatkan cirit-birit.

Yogurt

Yogurt juga boleh bertindak sebagai anti septik terbaik untuk perut yang dijangkiti bakteria. Masalah pencernaan dapat diubati dengan menambahkan bakteria baik yang diperoleh apabila makan yogurt.

Kesemua bahan-bahan yang disenaraikan di atas ni memang mudah didapati. Jadi jika terkena keracunan makanan bolehlah cuba Petua Tradisional Rawat Keracunan Makanan. Namun harus diingatkan jika masalah keracunan berlarutan, elok mendapatkan rawatan doktor.

Saturday 2 April 2016

5 Kelebihan Lelaki Berusia

Tags
lelaki berusia

Bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.  Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.

1. Sabar
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki  yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga  akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.

2. Seksi
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.

3. Belajar Dari Kesalahan
Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.

4. Hormat
Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.

5. Tegas Dan Disiplin
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh,  selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.

Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda. Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.

5 Tip Pakai 'Heels' Cara Selamat. No. 3 Tu Wajib Buat

Tags

Tidak dapat dinafikan, kasut bertumit tinggi merupakan pelengkap gaya seorang wanita. Kita mudah tertarik dengan rekaannya dan matlamat untuk tampil lebih menawan berbanding berkasut rendah. Tetapi sebenarnya, tiada yang baik mengenai kasut bertumit tinggi selain dari rekaannya.

Mungkin ramai wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pemakaian kasut bertumit tinggi boleh memberi impak negatif pada badan. Namun disebabkan terpengaruh dengan kata-kata, ‘no pain, no gain’ , semuanya ditolak ke tepi. Namun jangan risau, ada beberapa senaman yang boleh dilakukan bagi anda yang gemar bertumit tinggi. Sekurang-kurangnya kita mampu menjaganya.

Putaran kaki

Pergelangan kaki akan menjadi stress setelah seharian kaki terperangkap di dalam kasut bertumit tinggi. Jadi, anda boleh lakukan senaman kaki dengan memusingkan tapak kaki beberapa kali. Perkara ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja atau di mana-mana sahaja. Lakukannya sehingga 40 ke 50 kali.

Lakukan ‘calf raise’

Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menguatkan otot di bahagian betis dan peha. Langkahnya amat mudah iaitu berdiri di bahagian penjuru, dan naikkan tumit anda beberapa inci sehingga anda betul-betul berdiri menggunakan jari kaki anda dan turunkan sedikit demi sedikit sehingga anda dapat merasakan regangan di otot kaki anda.

Pusingan buku lali

Stilleto tinggi mungkin akan menampakkan anda  lebih seksi tapi bayangkan, berjalan dengan kasut itu mampu melemahkan otot anda malah ia menyakitkan. Untuk meredakan kesakitan kaki, cuba berdiri dan naikkan tumit kaki anda. Lakukan bulatan penuh menggunakan buku lali kaki anda sebanyak 20 kali. Kemudian urut kaki anda secara putaran terutama di bahagian buku lali. Cara ini mampu mengurangkan regangan pada buku lali dan membuatkan kaki lebih selesa.

Regangan

Lakukan beberapa jenis regangan seperti duduk rehat dengan melunjurkan kaki selama 10 minit. Cara ini dapat membantu memperbaiki pengaliran darah. Cuba juga untuk mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan kepada buku lali.

Jumpa doktor anda

Jika anda pemakai tegar kasut bertumit tinggi, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar berkaitan seperti Orthotik dan juga Prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki. Ia bertujuan untuk membetulkan tulang yang sering bergesel dan juga untuk mengurangkan kadar geseran tulang tersebut.

Tidak salah ingin bergaya mengikuti perkembangan fesyen dengan bertumit tinggi, namun janganlah memakainya dalam tempoh yang lama dalam satu-satu masa. Penjagaan kaki dari awal amat penting supaya ia tidak memudaratkan anda ketika tua kelak.  Amalkan langkah penjagaan dengan senaman kaki seperti di atas agar kaki anda kekal sihat. 

'Kemut' Selalu Untuk Lebih Sihat

Tags

Pernah dengar tentang senaman kegel? Agak pelik bunyinya tetapi senaman ini agak penting untuk wanita mahupun lelaki. Kalau anda nak tahu, senaman ini juga dipanggil sebagai senaman kemutan.  Ia jarang dilakukan secara sengaja dan jika ia dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing. Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu namun, ia jarang atau taboo untuk diperkatakan kerana senaman ini melibatkan alat sulit.

Jika anda mempunyai simptom lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. Hal ini kerana ia mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian anda. Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja. Tidak, ia lebih daripada itu.

Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.

Cara-cara:

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti otot pelvis tersebut. Kemudian, kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Hal ini kerana menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.

Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.

Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Wah, begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak melakukannya. 

PUNCA KULIT KEPALA BERBAU

Tags

Rata-rata menyangka kulit kepala berbau disebabkan oleh rambut bermasalah seperti rambut kotor dan kelemumur. Walau bagaimanapun, rambut berbau merupakan masalah kebanyakan wanita yang disebabkan oleh kulit kepala berminyak.

Gangguan bau dari kulit kepala ini dikenali juga sebagai Smelly Hair Syndrome (SHS). Kulit kepala bukan sahaja terdapat kelenjar minyak yang akan mengeluarkan sebum, malah terdapat juga kelenjar peluh. Gabungan hasil cernaan dua kelenjar ini menyebabkan kulit kepala berbau dan tidak selesa.

1.Cucilah rambut setiap hari untuk menjaga kulit kepala bersih dan segar. Cucian rambut yang kerap perlu untuk wanita yang mempunyai kulit kepala berminyak dan berbau. Cucian kerap dapat menghilangkan minyak pada kulit kepala dan membasmi bau peluh.

2.Minum lebih banyak air putih untuk proses perpeluhan. Proses perpeluhan penting supaya tubuh badan mendapat air yang cukup dan tidak mudah berpeluh.

3.Hindari minuman berkafein, kerana kafein meningkatkan suhu tubuh anda.

4.Makanan pedas akan menyebabkan penghasilan peluh dan minyak berlebihan pada kulit kepala. Menghindari makanan pedas amat disarankan untuk menghindari kulit kepala berbau.

5.Hindari tekanan dan stres. Rasa cemas dan keresahan akan mengaktifkan proses perpeluhan dalam pada masa yang sama membuatkan kulit kepala anda turut berpeluh.

KHASIAT KURMA UNTUK KULIT YANG ANDA TIDAK TAHU

Tags


Tidak ramai yang tahu, kurma bukan sahaja boleh dimakan malah diproses menjadi ramuan rahsia kecantikan. Vitamin B6 dan protein di dalam kurma dapat mencegah infeksi kulit, hasilnya kulit sihat dan berseri. Masker kurma amat sesuai untuk wanita yang mengalami masalah kulit sensitif atau alahan.

Bahan-bahan:

Isi kurma
Yogurt original} disejukkan di dalam peti ais

Cara Membuat:

1. Kisar isi kurma dan yogurt asli atau perisa original.
2. Sapu pada wajah dan leher, biarkan sehingga kering.
3. Bilas dengan air putih, amalan ini akan membuatkan kulit wajah halus, kemerahan dan lembap.

Skrub Istimewa Tanggalkan Sel Kulit Mati

Bagi yang menghadapi kulit badan yang kasar dan kering, anda boleh mencuba skrub kurma. Skrub ini dikatakan dapat membantu membuang sel kulit mati, mencerah, melembap dan menghaluskan kulit wanita. Khasiat utama skrub ini adalah menegangkan kulit yang sudah kendur atau mengalami penuaan.

Bahan-bahan:

Kurma
Buah Cranberries
Air perahan Aprikot
Oat

Cara membuat:

1. Kisar kesemua bahan ini sehingga hancur dan sebati.
2. Gosok badan ketika mandi terutama di bahagian leher, bawah pelipat dan celah paha, lakukan seminggu dua kali untuk mendapat hasil yang memuaskan.
3. Lebihan skrub disimpan di dalam peti ais supaya tidak rosak.

RAHSIA LANGSING TANPA IKAT PERUT

Tags
hiasan

Kadang-kadang apabila godaan datang, perut mula ‘memberontak’ untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap. Jangan bimbang, masih ada cara lain untuk membantu anda langsing tanpa perlu ‘ikat perut’. Cubalah trik ini:-

MULAKAN PAGI DENGAN PROTEIN

Protein tanpa lemak membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain. Namun, waktu pengambilannya juga penting. Menurut penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu yang lain. Joan Salge Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.

NIKMATI LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

Kajian dari Nutrition and Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolisme lemak.

PELUH ITU SEKSI

Senaman secara rutin bukan sahaja membakar kalori tetapi membantu anda mengurangkan pengambilan kalori. Menurut penyelidikan yang diterbitkan di American Journal of Physiology, latihan kardio intensiti tinggi selama 60 minit mampu mengurangkan selera makan sehingga dua jam. Ingin latihan yang maksimum? Lakukan latihan kardio dengan latihan invertal, iaitu latihan dari perlahan kepada laju yang dilakukan berulang kali dan berehat di atara latihan tersebut.

KATAKAN ‘YA’ PADA KENTANG

Menurut Katherine Beals, associate professor Jabatan Nutrisi di University of Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah ambil kentang panggang (bukannya kentang goreng) untuk makan malam yang mengandungi 100 kalori.

KUNYAH SAHAJA

Hasil kajian oleh Kathleen Melanson, associate professor nutrisi dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari. Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi, pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga membakar 11 kalori per jam.

HIDU AROMANYA

Pisang, epal hijau dan vanilla. Menurut Alan Hirsch, pengarah neurological di The Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu aroma-aroma ini, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika tiada produk vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja makan atau dapur rumah.

TIDAK SALAH SEDIKIT LEMAK

Meninggalkan lemak dalam jadual pemakanan anda boleh memberikan kesan negatif. Namun untuk mengambilnya pula janganlah berlebihan. Menurut Sari Greaves dari American Dietetic Association, pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian. Contohnya, dua sudu makan mentega kacang, 20g kacang atau ¼ buah avokado.

MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK TAHI LALAT ANDA

Tags
Hiasan

Setiap manusia pasti memiliki tahi lalat atau bintik hitam tidak kira di tangan, kepala, badan, kaki dan pada setiap anggota badan. Tahukah kamu bahawa setiap tahi lalat itu mempunyai maksud tersendiri. Hari ini admin akan kongsi sedikit maksud pada setiap kedudukan tahi lalat.

1. Bibir

Kamu seorang yang bijak dan baik hati. Ramai suka dengan kamu kerana kamu seorang yang ramah dan mesra apabila bertemu dengan seseorang atau kenalan. Orang yang memiliki tahi lalat di bibir ini, ada yang mengatakan dia seorang yang manis apabila berkata-kata dan tidak mudak mengaku kalah dalam apa yang kamu lakukan.

2. Leher

Memiliki tahi lalat di leher menunjukkan kamu seorang yang cerdas dan kuat ingatan kerana banyak benda yang kamu ketahui. Kamu seorang yang rajin terutama dalam membaca dan suka mengambil cabaran.

3. Mata

Tahi lalat di mata menunjukkan kamu seorang yang baik dan sopan. Apabila seseorang bertanyakan tentang soalan yang kamu tidak senang untuk jawab, kamu akan manipulasi jawapan kamu agar mereka tidak memperlekeh atau fikir sebaliknya tentang kamu. Kadang-kadang kamu suka membohong kepada orang yang kamu jumpa tetapi atas tujuan yang baik.

4. Punggung

Orang memiliki tahi lalat di punggung ini menunjukkan seorang yang malas dan suka duduk. Jika kamu memilikinya, kamu akan mengalami kesulitan untuk bangun apabila kamu sudah mula duduk.

5. Betis

Jika kamu memiliki tahi lalat di betis, kamu seorang yang tidak suka duduk diam. Kamu merupakan seorang yang jenis rajin dan suka bekerja. Kadangkala kamu juga suka boros atas perkara yang tidak mendatangkan faedah kerana kamu suka perkara yang menarik minat kamu ketika itu.

6. Lutut

Jarang nak lihat orang memiliki tahi lalat di lutut. Tahi lalat di lutut melambangkan seseorang itu tidak suka untuk berusaha dan mengharapkan kepada orang lain. Jika ditegur, dia akan tidak peduli atas teguran.

7. Kepala

Tahi lalat di kepala menunjukkan kamu seorang yang jujur, sabar dan tekun dalam melaksanakan sesuatu. Kamu sering kali didatangi dengan pelbagai rintangan dan itu membuatkan diri kamu menjadi kuat dan kental.

8. Kening dan Hidung

Kamu seorang yang cekap dalam melakukan kerja. Memiliki tahi lalat di hidung menunjukkan kamu disukai ramai orang. Tetapi dalam diam kamu juga seorang yang keras kepala dan ego. Bagi kamu, pendapat kamu adalah betul dan susah untuk kamu terima pandangan orang lain.

9. Dada (Lelaki dan Perempuan)

Ia melambangkan kamu seorang yang baik hati. Sifat baik kamu membuatkan kamu memiliki ramai kenalan dan setia pada pasangan kamu. Kamu juga seorang yang pendiam dan suka menyimpan rahsia.

10. Pipi

Memiliki tahi lalat di pipi amat manis bila di pandang. Kebanyakkan lelaki mudah jatuh hati kepada perempuan yang memilikinya. Jika kamu memiliki tahi lalat di pipi, kamu seorang yang pemalu. Walaupun pemalu, kamu memiliki kenalan yang ramai dan mereka suka apabila bersama dengan kamu.